Friday, January 2, 2015

2015

Sebelum tu nak credit sikit untuk Aien Syahierah sebab aku pinjam header dia. Sadis kan? Hahah aku malas la nak buat header sendiri. So ambik je lah daripada blog yang chumel ni. Thanks Aien!

Yelah sempena tahun baru ni kena la ada sedikit kerajinan nak update blog ni kan, iaitu header baru. Huhuhu.

Google Image :P

Oh yaaa. Cakap pasal tahun baru, apa kata aku citer pasal.. Apa nak buat lepas SPM ni? Sebab aku baru habis sekolah tahun lepas. Jadi korang baca la penat aku taip ni :P

So camni. Aku sedar yang aku dengan subjek Kimia ni ada chemistry sikit. Dalam banyak-banyak subjek yang aku belajar, Kimia yang (bolehla) senang nak faham. Kecuali Addmaths memang aku hancur. Sejak dulu memang tak suka nombor =.= Aku pun tak pandai congak. 2 tambah 2 pun nak guna calculator. Ish ish ish.. Dulu aku suka Biology. Tapi sebab format dia complicated sangat, pastu jadi tak suka pulak. But still, aku suka belajar bio tapi tak nak ambil course yg berkaitan dgn benda ni. Senior pun ramai cakap jangan ambil medic. Dah padat sangat katanya. So takpelah. Terkuburlah harapanku nak jadi gynecologist ataupun pakar sakit puan satu hari nanti.. Hmm. 

Jadi atas cadangan ayah aku, InshaAllah nanti aku ambil course Pharmacy. Pastu buka farmasi sendiri. Teringin jugak nak pegi oversea, nak rasa hidup dalam 4 musim. Whee~ Tapi kalau takde rezeki takpelah. Kalau dalam negara aku teringin nak masuk UIA. Dapat join kelas bahasa arab. Dah lama teringin nak belajar b.arab. Dulu masa darjah 6 benci jugak subjek ni. Tapi sekarang tetibe rasa nak belajar balik bahasa syurga ni. Moga Allah permudahkan. Ameen :)

Then aku dapat satu mesej dalam Whatsapp ni. Aku baru tahu kewujudan asasi Pengajian Islam dalam Sains. Katanya course ni lebih kepada belajar pasal bioteknologi, genetik, biokimia, mikrobiologi, dan macam-macam lagi. Di dalamnya diselitkan dengan pengajian Islam. Dah cuba google tapi tak banyak sangat info pasal course ni. Aku rasa course ni belajar pasal kaitan antara sains dan Al-Quran lah. Macam Dr. Danial Zainal Abidin tu. Atau pun macam Ustaz Badli Shah Alauddin. Dah banyak ayat yang aku jumpa berkaitan dengan sains ni tau.

Contohnya dalam Physics ada satu fenomena alam ni, nama dia 'mirage' atau fatamorgana. Fenomena ni terjadi sebab cahaya yang terbias (light refraction) melalui lapisan udara yang berlainan density dia. Lahai tak reti aku nak explain. Alaa yang orang nampak macam ada bayangan air kat padang pasir tu tapi sebenarnya takde pun. Tengok macam mana Allah kaitkan fenomena ni dengan amalan orang kafir. 

"Dan orang kafir pula, amal-amal mereka laksana fatamorgana di tanah yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah daripada amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan dia mendapati ketetapan Allah di sisinya, lalu Allah menyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya), dan (ingatlah) Allah amat segera hitungan hisab-Nya". Surah An-Nur ayat 39.

Tak percaya? Pergi ambil Al-Quran, bukak sekarang.
Nampak tak? Hebbaaat kaaan? MashaAllah. Kerana Dia Pencipta kita, mestilah Dia tahu :)

Apapun semua rancangan aku tadi cuma satu perancangan. Sebab yang tentukan bukan kita. Kan ^^


4 comments:

Cik_Shiqah said...

semoga berjaya apa yg awk rancangkan. hope tercapai :) mcm best je bidang asasi Pengajian Islam dalam Sains. course baru diperkenalkan kot. sbb tu tak byk info sgt kat dlm internet..

Nana Liena said...

buat pilihan betul2..lg sekarang zaman dh berubah banyak pilihan2 yg ada..buatlah solat minta petunjuk..

aishah said...

Cik_Shiqah : Amin.. Thank youuu! Nanti kita ambil course ni sama-sama nak tak? Ada kat UM.

nana liena : Mmm betul2.. Istikharah mode on! :D

QA said...

Assalamualaikum aishahh

Wahhh x sangka Ade blog Yg comel. Kpidap^^









Light Brown Pointer