Friday, January 2, 2015

Sanah helwah ya Nabiy :')

Hari ni 12 RabiulAwwal 1436. Hari ni Maulidur Rasul! Sanah helwah ya Nabiy :D

Sempena Maulid tahun ni, jom sama-sama dengar lagu ni. Aku sukaaa sangat lagu ni. Setiap kali dengar mesti tersenyum sorang-sorang. Teringatkan dia, capital M.

Siapa lagi kalau bukan Junjungan Nabi kita, Muhammad Rasulullah salallahu alaihi wasalam. Ya Allah, sampaikanlah rindu hamba kepada KekasihMu :')

Bila tiba tarikh ni, rasa seronok sangat tengok semua orang dapat berkumpul, berselawat & qasidah ramai-ramai. Macam dekat Dataran Merdeka haritu. Rasa terharu sangat :'D Aku harap semangat tu biarlah subur setiap hari, bukan setiap 12 RabiulAwwal je. Kan?

Kan bagus macam ni. Tak perlu konsert bunga api bagai :D


Mengenal Cinta - The Muhibbains



Jom selawat kejap. 4 minit je :)
Selawat Munjiyat - UNIC


Ni video 30 Minit Ustaz Don, episod Cinta Rasul : Bertemu Allah SWT. Ustaz Don menangis. Menangis bila ceritakan kewafatan Nabi kita. Rasa pelik ke? Pelik macammana boleh jatuh cinta dengan insan yang dah tiada di dunia ni? Tak pelik pun :) Sirah Nabi kan ada. BACA! Kalau tak kenal maka tak cinta. Kan :)


30 Minit Ustaz Don



Capal Nabi :'D

Buku ni yang buat aku jatuh cinta :)

Jadi lepas ni jom sama-sama kenal Nabi kita. Malu lah kalau tak kenal, kita kan umat dia :)


3 comments:

Cik_Shiqah said...

Sollu 'Alan Nabi :)

nana liena said...

akak tak sambut pun..huhu.. sini tak ada sambutan utk tahun ni.. kenal2 la baginda itu dan berselawat di senang hari..utk jiwa sihat.. :)

Intan Safiya Nor Azuairi said...

singgah blog <3









Light Brown Pointer