Thursday, February 12, 2015

Kindergarten assistant teacher :D

Pernah dengar tak kerja sebagai 'kindergarten assistant teacher'? Haih macam-macam kerja dia buat; chef, bibik, basuh berak, ajar ABC. Semua lah. Apapun seronok gak kerja ni sebab.. Mmm maybe sebab aku suka budak-budak kot. Hahah.

Ni dapur

Okaylah jadi cerita dia macam ni. Aku sekarang ni tengah tunggu result SPM bulan 3 nanti. So daripada aku mereput kat rumah, baik aku cari kerja. Nak tahu schedule dia?

Pagi-pagi aku bangun pukul 5.30. Pastu gi tempat kerja dlm pukul 6 centu. Sampai-sampai je aku kena masak air dulu. Then masak nasi. Pastu kalau aku nak bantai tido pun boleh. Muahaha.

Biasanya pukul 6.30 budak tadika dah sampai. Aku la yg sambut diaorang. Pagi-pagi lagi aku dah siapkan makan tengahari sebab pkl 9 nnt aku masuk kelas, bertukar jadi cikgu tadika lak. Masa ni la paling buat aku naik gila sebab nak melayan budak-budak ni. Apapun aku enjoy je. Kekadang masa kelas tu ada pulak budak yg berak dlm pampers. Aku jugak yg kena basuh. Huhu.


Macam ada yg tak kena je ...

Pastu habis kelas, masa untuk makaaan tengahari yay. Diaorang ni makan nasi habis bersepah sana-sini. Aku jugak yg kena kemas. Haha. Lepas makan, suruh budak-budak ni tukar baju. Then tido wuhuu. Daripada pkl 1.30 sampai 3.30. Aku tak biasa tido time ni, jadi aku lepak main fon je mweheh. Masa ni gak aku start prepare utk minum petang.


Ikan goreng kalau tak meletup memang tak sah kan?!

Lepas budak-budak tu bangun, suruh diaorang mandi. Lepas mandi, makan. Lepas makan, kasi diaorang main dlm activity room. Setiap petang diaorang ada mengaji gak. Kekadang diaorang tengok TV. Pastu masa balik nnt aku la yg hantar budak kat parents diaorang. Then aku balik dlm pkl 5.30 centu. Habis~


Tengok spongebob

p/s : Kalau budak susah nk tido, cer gosok kening dia guna jari. Depends on budak tu, ada yang automatic lelap mata, ada yang kalau hyper tu jadi pasif sket, tapi ada gak yang tak tido pun. Last-last yang tukang gosok kening tu yg tertido. Kuikuikui.

The end ^^



2 comments:

Bunda a.k.a KN said...

Salam dari Bunda...
baguslah macam tu..sementara tunggu result boleh menimba pengalaman bekerja...

walau apa kerja sekali pun asalkan halal..

Aishah Humairah said...

Betul tu Bunda :D
Alhamdulillah, tak kisah lah keje apepun asalkan halal









Light Brown Pointer