Tuesday, May 31, 2016

life in cfs iium gambang~

Assalamualaikum ppl 😊

Tak lama lagi nak puasa dah yeay! Sem kali ni sempat jugak merasa suasana bulan puasa kat rumah. Alhamdulillah~ Sem 1 dulu belum puasa lagi dah masuk cfs huhu. Nevertheless we really enjoyed the moment of ramadhan in gambang. Ada solat tarawih, qiamullail, iftar, tilawah and so on~ besttt tau pegi bazar & berbuka sekali dgn roommate hewhew ❤

Btw intake baru 2016/2017 nak masuk dah tak lama lagi. Untung korang dapat puasa kat rumah. Tak sabarrr sebenarnyaa nak tunggu intake baru sebabnyaaa asyik jumpa muka yg samaa je kat gambang tu haha. So.. Meh sini nak share checklist barang yg korang boleh bawak & cheat utk survive kat sini kuikui~

Firstly! Kalau korang nampak ada baaanyak sgt buku, notes, tutorials & quizzes bertimbun kat mahallah tu, baik cepat-cepat cari soalan past quizzes sebab bila ada quiz nanti senang. Tengok je balik soalan tu sebab selalunya soalan dia akan ulang benda yg sama je seriously. Yg soalan sebijik pun ada~ Kumpul la semua quiz utk subjek yg korang akan ambil utk sem seterusnya. Oh btw quiz tu lebih kurang mcm exam la jugak. Utk subjek physics, chem, maths & ict, akan ada quiz setiap kali lepas habis satu chapter. Ada jugak quiz yg gabung beberapa chapter. Kalau subjek bio & rka pulak nnt ada test mid term. Lebih kurang mcm peperiksaan pertengahan tahun la gitu. So~ Remember! Kumpul semua soalan past quizzes & test daripada senior ke, yg bertimbun kat mahallah ke. Ada jugak senior yg baik hati dia let go buku text free je kat mahallah tu. Orang kaye la katakan~ Kalau nak tahu satu buku teks will cost about rm100+ tau huhu. Better korang ambik buku senior je sebab dah ada notes & course outline siap2 dah dlm tu hehehe. Kalau dia baik hati boleh bagi free haha. Takpun dia letak setengah harga je drpd harga sebenar. Tengok rezeki korang jugakla sebenarnya kalau dapat jumpa senior yg pemurah hehe.Takmo curi buku orang lain eh nanti belajar tak berkat!

Apapun ilmu tu semua dari Dia. Adab dengan lecturer kena jaga. Maybe korang tengok lecturer tu mcm tak kisah je, but who knows what's in his heart. Kan? Okay sebelum hakak membebel lagi baik hakak share barang apa yg korang boleh bawak nanti :p

Setakat yg aku tahu la. Rice cooker je tak boleh bawak haha tapi barang lain mcm toaster, water heater, seterika, papan seterika, laptop, powerbank, kipas meja, lampu meja (btw meja study kat bilik dah ada lampu study sebijik) semua tu boleh je bawak. Fyi barang elektronik yg korang bawak akan dikenakan cas rm10 setiap satu. Pinggan, mangkuk, sudu, garfu, cawan pisau semua tu pun bawak aa sekali nanti senang nak buat megi kuikui. Utk sister pulak aku suggest baju kurung/jubah bawak 5 pasang la kot paling minima. Tudung tu depends ikut keperluan korang berapa nak pakai. Tudung bawal tu prepare inner neck sekali siap siap ea. Kalau boleh~ bawakla bidang 50 60 ke. Labuh tu penting hihi. Kat sini boleh jugak slow slow belajar pakai stokin & handsock~ eh best tau pakai benda tu. Rasa secure sikit. Baju muslimah pun korang boleh bawak siap siap paling sikit pun 3 helai la. Labuh tu penting hihi. Skirt labuh pun boleh jugak bawak sebabnya bila nak turun gi cafe tu kau sarung je skirt labuh tu takyah tukar the whole thing haha.

Next! Preparation for apt, ept, tilawah & test fardu ain~
Firstly korang jgn ingat boleh memain dgn test tu ok. Takdela bukan nak takutkan tapi kalau korang dapat exit memang bahagia kot hidup kat sini. Kalau takde subjek language nanti takdela kelas sampai pkl 6 huhuhu. Utk apt aku takleh cakap banyak sgt sebab aku bukan budak sekolah agama. So masa apt tu memang kertas aku suci je haha. Pastu aku ambil arab lvl 1. Within the first sem aku dah exempted alhamdulillah~
Utk ept pulak, study betul betul sample ept yg korang dapat tu. Mana nak dapat sample tu korang google lah. Aku tak boleh attach file dia kat sini so kalau nak bolehla kut whatsapp no ni. Nanti aku bagi inshaAllah +601125712404. Ada roommate aku sorang tu walaupun dia lemah bi tapi dia exit kot huhu. Bila aku tanya rupanya dia fahamkan sample tu je. Cis memang dasar budak pandai betul. Takpun korang boleh jugak google sample ielts sebab format ept tu lebih kurang je mcm ielts, cuma ofkos la ept senang sikit drpd test ielts yg sebenar.
Utk test fardu ain, bolehla kot start google terms fekah dlm english. Contohnya haid = menstruation, nifas = childbed etc. Yela nama pun international islamic university, dgn test2 tu sekali dia buat dlm bahasa inggeris huhu. Contoh soalan pun ada je, korang google mesti jumpa punya.
Utk tilawah tu.. depends la atas diri masing masing~ kalau pandai mengaji bolehla pass. Kalau tak pandai tu.. Ambil jela kelas tilawah tak susah pun~ Seronok ape belajar benda baru. Kalau nak pass rajin rajinkanlah diri anda utk membaca al Quran~ baca bukan setakat utk pass test tilawah tapi it's your guidance for your way to Jannah inshaAllah~ eceyy ada gaya cam ustazah tak haha :p

Ya Allah punya panjang berjela dah aku tulis ni. Tahniah! Sebab berjaya baca post ni sampai habis huhuhu. Maaflah kalau mcm tak membantu sebab aku banyak membebel je kat sini kan haha. Ada pape nak tanya boleh roger2 kat sini k. Ciau.


No comments:









Light Brown Pointer