Oop. Skema betul ayat aku. Tapi aku tak tahu macam mana nak mula =.=
Okayla macam ni. Sebenarnya dah lepas lama dah. Aku , aina , fani , umair , syasyad & aiman dapat jadi wakil sekolah untuk kejohanan memanah dekat SEMESTI, Perak. Pagi tu pukul 8.30, kitaorang bertolak ke Perak. Malam tu pukul 11 lebih baru sampai SEMESTI. Sampai-sampai je kena ambik gambar. Masing-masing muka tengah ngantuk + penat + lapar.
So malam tu, sampai dorm kitaorang terus tertido. Tapi sebelum tu solat Isya' dulu la kan. Aku , aina & fani solat jemaah dekat musolla. Aku jadi imam. Moment yang paling aku rindu :'<
Esok tu, pagi-pagi lagi kitaorang dah terdengar siren bomba. Siapa pulak yang nak buat latihan kebakaran pagi-pagi buta ni. Masa tu kitaorang dah mula SESTERsick ! Teringat bunyi loceng kat asrama yang merdu bak angin sepoi-sepoi bahasa. Kbai.
Pastu pukul 7 pagi kitaorang dah standby kat padang. Lepas setup semua barang, kejohanan pun bermula ! Jarak yang ada cuma 70 meter SAHAJA. Takde 30 & 50 meter. Aku ingat lagi, pagi tu hujan rintik-rintik. Dengan titisan air hujan yang 'landing' atas spek mata aku, aku teruskan shoot jugak. Boleh pulak aku gelak bila arrow aku fly. Pagi tu masa first round aku enjoy je. Dapat la ranking ke-65. Kalau ikutkan, ranking ke-64 tu kira okayla .. kot. Masuk second round, tiba-tiba aku jadi serius semacam. Mula la arrow fly sana sini. Ada yang crack pulak tu. Dapatla ranking ke-133. Teruk gila. Maybe sebab dah tengahari + penat kot. Aku kena sunburn paling teruk dalam sejarah. Muahaha.
So aku dapat kesimpulan bahawa dalam archery ni kita tak perlu serius sangat pun. Rilek je. Bak kata sifu aina, "kita enjoy je". Hari tu masa first round, buat kali pertama dalam hidup aku dapat bullseye. Masa latihan tak pernah pun. Pelik =.=
bow air resistance |
Fani the fast learner ! |
khemah SESTER tapi kat situ ada budak ASiS |
first round |
beloved cikgu Aziz <3 |
Daripada kejohanan tu baru aku sedar, pengalaman tu lebih penting sebenarnya. Rupanya ada orang yang dah usaha lebih kuat daripada aku (memang la kan), walaupun aku gadaikan setiap petang & hujung minggu untuk latihan archery. Masa tu midyear tinggal seminggu je lagi. Tapi takpelah. Kitaorang gunakan konsep redha. Aku tahu aku dah buat yang terbaik. Macam tu jugak dengan team kitaorang :)
Moment yang paling aku tak boleh lupa masa aku shoot sekali tu. Aku nampak aina , syasyad , umair & aiman tengah support aku dari belakang. Fani tengah shoot sebab dia sama sequence dengan aku. Dengan muka bahagia diaorang & tanda 'like' kat tangan diaorang, aku rasa macam nak nangis. Hahaha.
Pastu kitaorang pergi jalan-jalan dekat Teluk Intan. Kitaorang pergi shopping & naik Menara Condong. Best ! Tapi tak banyak gambar sebab takde camera TT_TT
Pastu kitaorang pergi jalan-jalan dekat Teluk Intan. Kitaorang pergi shopping & naik Menara Condong. Best ! Tapi tak banyak gambar sebab takde camera TT_TT
Nampak tak bas SESTER ? |
le aina & le fani |
depan menara condong |
condong tak ? |
tangga pusing-pusing |
3 tingkat je sebenarnya ... |
archers aspura & ustaz Z lawa tak seluar ustaz ? :3 |
le aina & le me |
le aiman & le syasyad |
panorama SEMESTI |
makanan kat SEMESTI |
pintu masuk SEMESTI sebelah tu ada padang, target board beratur kat situ (warna oren) |
posing dulu sebelum balik SESTER |
Tengahari 26 April, kitaorang balik SESTER ikut highway Karak. Mula-mula dari Perak kitaorang pergi Selangor pastu terus ke Terengganu. Sampai SESTER pukul 3 pagi. Hari tu masing-masing jadi burung hantu. Nasib baik cuti masa tu. Phew. Penat memang penat tapi best !
Akhir kata, kalau buat sesuatu biarlah lillahi taala. Kalau main archery biarlah demi sunnah Nabi <3
The end ! ^^
No comments:
Post a Comment