Tuesday, June 3, 2014

masam manis PMR

Dulu masa aku form 1, aku terpaksa ambik perdagangan dalam subjek KHB. Masa tu cuma ada 2 pilihan je ; kemahiran teknikal ataupun perdagangan. Masa tu aku ingat kemahiran teknikal tu susah, so aku ambik perdagangan. 2 tahun aku belajar tapi tak boleh bawak TT_TT Then masa form 3 aku pindah sekolah baru.

Sampai sana, aku terpaksa tukar ERT pulak sebab kat sana takde cikgu yang boleh ajar perdagangan. Aku ada 2 pilihan, samada teruskan belajar perdagangan sendiri tanpa cikgu ataupun tukar ambik ERT. Tapi nasib baikla jugak sebab aku pun tak boleh bawak perdagangan, so aku tukar ERT. Pandai-pandai la cover sendiri semua tajuk form 123 dalam masa SETAHUN. Mula-mula takut jugak kalau tak sempat cover sebelum PMR, tapi honestly sebab ERT sangatla senang berbanding perdagangan jadi aku survived. Phew. Cikgu Syakira banyak sangat tolong aku sepanjang tahun tu. Walaupun terpaksa rushing gila pastu kena adapt dengan sekolah baru, Alhamdulillah aku dapat straight A :'D

Kalau ikutkan masa form 3 lah zaman paling best. Zaman takde addmaths. Huhu.

Kesimpulannya apa yang aku cuba sampaikan kat sini sebenarnya, PMR is not the end of everything. It’s just the beginning. Janganla putus asa dulu sebelum mencuba. Lagi satu maksud aku bukan la nak takutkan budak perdagangan, tapi kalau boleh jangan ambil risiko kalau kita tahu kita tak boleh bawak bidang tu. Lagi satu kalau dah minat, kita mesti boleh buat walau sesusah manapun bidang yang kita suka tu, kan? :)
Maybe sekarang korang tak faham lagi. Naik form 4 nanti korang akan nampak. Tunggu~

Dengar citer format PMR dah tukar baru. Tapi takpe, mesti boleh buat punye. Allah takkan letak kita dalam keadaan yang kita tak boleh tanggung, kan? So best of luck adik-adik. I know u can do it! <3

Kalau sudi baca lagi, sila la scroll bawah. Hehe.

Sharing is caring kan. Kalau nak tahu dalam ERT ada belajar buat pastry, kek & biskut. Best! Ada 3 cara ; putar, enjut, gaul & ramas. Sejak tu aku tetibe rajin sangat buat biskut. Bila hari guru aku mesti buatkan biskut untuk cikgu. Kadang-kadang aku buatkan biskut untuk kengkawan. Aku pernah janji nak buatkan biskut untuk birthday classmates aku tapi aku tak tau pulak cemane nak pack biskut tu. Huhu.

Then lepas pindah SESTER aku dah jarang buat biskut. Kat sana takde bilik masakan TT_TT Tapi kat sana aku belajar kenal diri sendiri, belajar potensi & kelemahan sendiri. And aku mengaku aku jadi lebih matang & berdikari sejak tinggal kat SBP ni. HAHA. Kat sini lah aku mula jatuh cinta dengan archery. Pastu aku ada jugak belajar urut dengan kengkawan kat sini. Then mak aku cakap aku ada bakat mengurut. Lawakla.


Okay tu je. Fuhh lenguh jari I. Lega jugak dapat update blog yang dah berhabok ni. Thanks sudi baca and do feel free to leave your comments! :3

Rindu zaman PMR :'(

4 comments:

Anonymous said...

Tapi kak Aishah, skrg ni PMR jadi PT3. PT3 is waaayyyy harder than PMR. ergh.
*Ameelia Husna*

aishah said...

Yeke ? PT3 tu cemane? Susah sangat? :O

Anonymous said...

Pmr sekarang pade pendapat saye lagi senang sebab markah diorang dah fixed dah sebab diorang ade kene buat bende yg mcm kerje kursus. Bende tu akan bagi banyak markah mase pmr nanti tapi bende tu leceh sebab banyak sangat

aishah said...

I see. Markah dah fixed, untung erh :<









Light Brown Pointer