Monday, October 24, 2016

Ya Allah..
Kerana secebis kain ini ya Allah, Engkau pelihara diriku dari segala kejahatan.
Ya Allah, kerana secebis kain ini ya Allah, Engkau tutup keaibanku dari pandangan manusia.
Ya Allah, kerana secebis kain ini dan rahmatMu ya Allah, Engkau buka hati manusia kepadaku dengan tertutupnya segala keburukan diri ini.
Ya Allah, kerana secebis kain ini ya Allah, manusia selalu mengharapkan kesempurnaan daripada diriku yg tak punya apa-apa ini.
Ya Allah, sesungguhnya hanya Engkau satu satunya yg tahu betapa aku ini berlumur dgn dosa saban hari ya Allah.
Betapa kejinya aku ini ya Allah.
Betapa hinanya aku ini ya Allah.
Betapa dosaku menggunung setinggi langit dan bumi ya Allah.
Ya Rahman, aku lelah dalam lautan dosa ini ya Rahman.
Tapi kenapa aku selalu jatuh dalam lubang yg sama, ya Rahman?
Berikan aku kekuatan ya Allah.
Berikan aku kesabaran ya Allah.
Agar teguh dalam ketaatan.
Semata mata hanya keranaMu ya Allah.

Perkenankan doa ini ya Rahman..

No comments:









Light Brown Pointer