Sunday, July 12, 2015

Ramadhan Kareem!

Assalamualaikum duniaaa. Siapa je yang baca blog ni haha. Apapun aku cuba la jugak sedaya upaya untuk update blog ni sebab kali ni nak cerita pasaaaal... *drumroll*

UIA weehoo

So aku harap post kali ni berguna untuk sesiapa yg dapat result upu nanti eh.

Oh takde kaitan pulak dengan tajuk post ni. Ni la nak cerita ni. Tahun ni kali pertama dapat rasa suasana Ramadan kat UIA ni. Actually bukanla UIA pun sebab tahun ni baru asasi first year. So sekarang ni dekat Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gambang, Pahang. Habis asasi nanti baru sambung dekat UIA Kuantan pulak, InshaAllah. Ada faham? Wokay.

Sekarang ni tahun 2015. Course yang ada kat Gambang setakat ni cuma medic, dentistry, pharmacy, nursing & physical science sahaja. Tahun 2016 nanti InshaAllah pusat asasi PJ (cfspj) dah tutup. Jadi segala mak nenek course yg ada kat PJ nnt semua pindah Gambang.

Best tak cfs gambang?

Umm bolehlaa~ Best jugak cuma, yelah nama pun Gambang. Kat ceruk hutan jugak ni. Nak outing pun agak susah hm. Tapi biah solehah (good environment) kat sini setakat ni sangat terjaga. Alhamdulillah. Walaupun sekarang ni bro & sis share satu asrama (mahallah), pergaulan kat sini still terkawal lagi. Dekat cafe pun takde bro & sis yg duduk satu meja. Apapun jangan risau. InshaAllah nanti (tak sure bila) semua bangunan dah siap so korang tak payah la kongsi mahallah antara bro & sis lagi okay? Senior? Mostly baik sangat! Sweet, friendly, semua lah. Seriously.


Current progress

Stadium in progress.
Masjid pun belum siap lagi. 

Admin buliding
credit to drniqabis.blogspot.com

Cafe. Takde sis & bro satu meja okay?

Ni kitaorang kat mahallah (asrama).
Nampak tak bro tengah main futsal kat belakang tu?

Bilik TV

Musolla sister

Mahallah

Mesin basuh ada 3 bijik. Dryer sebijik

Bilik ^^

Sunset <3
Ada library, masjid & gym asing untuk bro/sis tapi takde gambar. So far kemudahan kat sini lengkap jugak Alhamdulillah

So macam mana suasana Ramadan kat sini? BEST! Tarawih tu mesti la kan. Ada tadarus, grand iftar, ihya ramadan, qiamullail, macam macam lah. Siap ada flashmob lagi. Flashmob pasal ramadan lah. Bukan pemberontakan okay. Serious seronok kat sini. Hihi.

Grand iftar

Kitaorang masak sendiri tahu

Yang paling best sebenarnya bila hajat aku nak belajar bahasa arab tercapai jugak akhirnya. Rasa bersyukur sangat. Yelah aku yg berlatarbelakang sekolah sains ni mana ada peluang nak belajar bahasa syurga zaman SPM dulu. Last masa darjah 6. Kelas arab kat sini pun best sangat! Rilek je takdelah stress macam kelas physics ke oops. Haaa datanglah sini & rasa sendiri eh ^^


Dearest classmates. Ustaz yg pakai baju melayu purple tu
 ajar bahasa arab. Tapi dah pindah hmm.

Untuk intake baru nanti. Just a friendly reminder~ :)


Rasanya tu je kut. Nak tahu update pasal cfs gambang boleh bukak facebook ni. Kalau ada apa2 nak tanya jangan malu2 tinggalkan komen ya.

The end ^^

No comments:









Light Brown Pointer